Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, riadah bersama keluarga serta menghidupkan tasik-tasik di ibu kota sememangnya dinanti-nantikan kaki pancing dalam aktiviti sihat ini yang bertemakan “Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera” sempena Hari Malaysia.

Katanya, JPKL kali ini juga ingin memperkenalkan Tasik Danau Kota sebagai lokasi baru kepada kaki pancing dalam siri JPKL tahun ini termasuk dengan memperbanyakkan lagi spesies ikan bersaiz besar.

"Juara pertandingan kali ini akan membawa pulang RM5,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara dan tempat ketiga bakal memenangi RM1,000.

“Justeru, orang ramai dipelawa untuk menyertai pertandingan ini dengan hanya membayar yuran penyertaan sebanyak RM35 untuk sebatang joran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik itu hari ini antara patin dan jelawat bersaiz antara empat hingga lima kilogram (kg).

Tambahnya, Taman Tasik Danau Kota mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai spesies ikan terkenal termasuk patin, tongsan, tilapia, rhu dan toman bersaiz lapan hingga 15kg.

Turut memeriahkan JPKL 2018 kali ini ialah rakan strategik bersama iaitu Oyoshi Green Tea, Igloo dan Blow.

Orang ramai boleh mula mendaftar bermula Sabtu ini di lokasi pertandingan bermula pada pukul 1 tengahari hingga 9 malam dan esoknya kaunter dibuka pukul 6.30 pagi hingga 10.00 pagi.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman facebook: JORANKL atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811. - K! ONLINE