Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut juga pada masa sama dapat mengelakkan produk pertanian pemilik kebun dan ladang rosak memandangkan untuk pergi ke stesen timbang berhampiran mengambil masa lama.

"Ada aduan mengatakan kalau mereka perlu pergi ke stesen timbang tersebut ia akan mengambil masa (kerana jarak) dan menyebabkan sayur atau produk mereka rosak.

"Jika ada alat timbang mudah alih apabila JPJ buat penguatkuasaan, lori di Cameron Highlands tidak perlu ke stesen yang jauh dan ini memudahkan pemilik tetapi kita minta pemilik jangan cuba melebihi had yang dibenarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, stesen timbang terdekat hanya terdapat di JPJ Tapah, Perak iaitu 63 kilometer (km) dari sini dan di JPJ Karak dengan anggaran jarak lebih 190km. - Bernama