Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzair Wan Sulaiman berkata, notis berkenaan merangkumi saman, sita dan arahan timbang khususnya kenderaan berat lebih muatan.

"Kebanyakan lori yang diperiksa telah membawa lebih muatan dan menggunakan tayar celup dan botak, notis terpaksa dikeluarkan kerana ia berisiko membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"Mengikut statistik Op Khas Tanjung 1/2018, 56 pemandu lori telah menerima notis pelbagai dan 36 daripadanya melakukan kesalahan membawa lebih muatan," katanya dalam satu sidang akhbar di Stesen Penguatkuasaan JPJ Valdor, Seberang Perai Selatan di sini hari ini. - K! ONLINE