Menterinya, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri itu bagi mengenalpasti impak, rangka kerja, cadangan dan rundingan berhubung kebergantungan kepada sumber asas itu.

"Kita mahu Johor pergantungan sifar dan kita tidak mahu mereka ambil air (terawat) dari Singapura lagi. Dalam masa yang sama kajian ini memastikan air di Johor mencukupi untuk masa akan datang.

"Hasil kajian ini saya akan kemukakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tempoh sebulan lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Konservasi Air SPAN sempena sambutan Hari Air Sedunia di Petaling Jaya Boulevard di sini hari ini. 

Awal Mac lepas, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, kerajaan negeri itu merancang untuk tidak lagi mendapatkan bekalan air terawat dari Singapura sekali gus mahu menampung sendiri keperluan sumber itu. - Bernama