Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, bagaimanapun pembenihan awan itu akan melihat kepada kesesuaian lokasi dan juga dari segi kos.

"Memang, saya baru bincang, ia (pembenihan awan) satu usaha yang mungkin kita akan buat. Buat masa ini, kerajaan negeri bersama agensi-agensi berkaitan sentiasa membuat pemantauan dan akan melihat kepada keadaan cuaca terutamanya pada minggu ini.

"Sekiranya cuaca minggu ini tidak membantu, maka awal bulan hadapan kita kena tengok berkemungkinan melakukan pembenihan awan,"katanya  kepada pemberita selepas melawat Empangan Machap dekat sini hari ini. - Bernama