Menteri Besarnya, Datuk Osman Sapian berkata, pihaknya juga mendapati terdapat tanah kurnia milik parti itu yang tidak dibangunkan dalam tempoh dua tahun selain ada pemilik yang menjual tanah kepada pihak lain seperti pemaju.

Beliau berkata, terdapat 12 tunggakan cukai tanah UMNO dengan yang tertinggi membabitkan Bahagian Batu Pahat berjumlah RM287,048 dan Tebrau RM31,772.

"Sebanyak lapan daripadanya membabitkan pemegang amanah kepada UMNO iaitu RM18,280," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Sukma Johor di sini hari ini.

Katanya, rayuan boleh dibuat namun ia bergantung kepada budi bicara kerajaan negeri. - Bernama