Beliau berkata, 90 peratus daripada manifesto Barisan Nasional (BN) yang ditawarkan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas, berjaya dicapai kerajaan negeri.

"Kalau hendak ikutkan kepada manifesto PRU13, yang bertemakan 'Mensejahterakan Rakyat' itu, ia mengemukakan 20 perkara dengan 84 Aku Janji...boleh dikatakan bahawa semua perkara-perkara utama dan juga aku janji itu dalam proses pelaksanaan.

"Ada yang melepasi sasaran dan ada yang tidak dapat hendak diukur dari segi sasaran, misalnya, menjadikan Johor Bahru bertaraf antarabangsa dan sebagainya," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di pejabatnya di Kota Iskandar, pusat pentadbiran kerajaan Johor baru-baru ini.

Menyatakan bahawa laporan pencapaian itu akan dibentangkan kepada umum tidak lama lagi, Mohamed Khaled menegaskan, secara umumnya, pencapaian terpenting kerajaan negeri adalah menerusi konteks 'Muafakat Johor' dan 'Bangsa Johor' yang melonjakkan Johor sebagai negeri terbaik. - Bernama