Majlis tersebut merupakan tahun keempat penganjurannya dan berjaya menghimpunkan barisan bekas pelajar dari tahun 1960-an sehingga kini.

Presiden St. John’s Alumni Association (SJAA), Isham Ishak berkata, persiapan majlis itu bermula seawal bulan Disember lalu melibatkan pembabitan beberapa bekas pelajar dari era berbeza sebagai anggota jawatankuasa penganjur.

“Jelas, komitmen daripada jawatankuasa penganjur dan kehadiran begitu ramai sekali alumni SJI ke acara ini adalah bukti bahawa kekuatan persaudaraan dalam kalangan mereka masih kekal utuh.

“Di samping itu, ia juga merupakan usaha berterusan SJAA menyemarakkan semangat Johannian dalam menjadikan SJI disegani dan menjadi teraju utama di mata masyarakat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolah berkenaan baru-baru ini. - K! ONLINE