Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, langkah itu dilakukan pihaknya sebagai persiapan awal bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku pada sepanjang tempoh Disember ini.

Menurut beliau, ia termasuk 22 tan bekalan makanan yang diagihkan kepada pusat-pusat pemindahan di sekitar Pulau Tioman, Rompin pada 17 November lalu.

"Penghantaran bekalan makanan ke Pulau Tioman dilakukan dengan perkhidmatan feri yang mana proses pengagihannya turut dibantu penduduk setempat dan agensi-agensi awam berkaitan.

"Selain bahan makanan seperti beras, gula, biskut dan kopi, turut dibekalkan ialah barang keperluan asas seperti selimut, kit bencana, tikar dan khemah," katanya semasa dihubungi. - K! ONLINE