Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Mohd. Fazari Mohd. Salleh berkata, kebanyakan masyarakat masih tidak mengetahui perkara itu sehingga ada antara mereka membiarkan kejadian tersebut berlaku dan berasa ragu-ragu untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Apabila kanak-kanak itu terdedah kepada perkara negatif, memang kita boleh menyelamatkan dan meletakkan mereka di institusi kita tetapi itu langkah terakhirlah.

“Kita sebenarnya boleh bawa kes-kes itu ke mahkamah sama ada meletakkan mangsa di pusat jagaan kita atau kepada orang yang layak seperti datuk, nenek atau bapa saudara untuk menjaga kanak-kanak terlibat,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Eksekutif 2018 di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Seramai 74 pegawai dari JKM menerima Sijil Eksekutif Praktis Kerja Sosial (SPEC) yang disampaikan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak. - Bernama