Pengarah Kastam negeri, Datuk Johari Alifiah berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, sepasukan anggota daripada bahagian Penguatkuasaan Kastam Cawangan Alor Setar bertindak menyerbu empat lokasi berasingan di sekitar Ipoh.

"Dalam serbuan itu, kita berjaya menahan empat lelaki tempatan dan merampas sebanyak 805 karton minuman keras dipercayai untuk pasaran tempatan menjelang perayaan Krismas tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, minuman keras yang dirampas dianggarkan bernilai RM52,034.40 dengan cukai sebanyak RM192,433.83.

"Empat suspek itu disyaki daripada sindiket sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang tidak lulus kastam," katanya. - K! ONLINE