Beliau merupakan Ahli Parlimen pertama yang mencadangkan usul bagi menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Kata Irmohizam, program jihad itu perlu digerakkan kerana terdapat segelintir peniaga yang mengambil ke­sempatan ke atas pengguna dalam rantaian ekonomi pasaran.

“Antara persoalan yang se­ring bermain dalam minda rakyat adalah mengapa harga makanan akan menjadi mahal apabila berlaku kenaikan mi­nyak, namun harga makanan itu tidak pula turun tatkala berlaku penurunan harga minyak?

“Saya menyarankan ke­pada kerajaan untuk mengenal pasti­ dan mengawal mana-mana pihak yang cuba memonopoli dan memanipulasi harga pasaran.

“Persaingan yang seimbang harus diwujudkan dalam setiap rantaian ekonomi pasaran sedia ada,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.