Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata, Jho Low pernah menelefonnya termasuk sebelum beliau ke China pada Julai lepas.

“Bila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low ada berhubung, dia nak bercakap dengan saya tetapi saya tak mahu, dia ada telefon tetapi saya suruh beliau bercakap dengan wakil saya.

“Dia (Jho Low) kata dia boleh tolong (dalam hal berkaitan 1MDB), (tetapi) sebelum ini saya dah kata dalam sidang media pertama bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), jika dia tak salah baliklah, malam itu pun dia telefon saya,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.