Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, penaiktarafan jeti bagi perkhidmatan feri ke Pulau Ketam itu dilakukan selepas menerima kertas cadangan daripada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

"Jeti ini merupakan jeti utama ke Pulau Ketam yang menjadi pusat pelancongan 
utama di Selangor ketika musim cuti sekolah serta musim perayaan.

"Mengikut data semasa, seramai 3,500 penumpang akan menggunakan jeti ini sehari ketika musim cuti dan perayaan,"katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke jeti itu di sini hari ini. 

Turut hadir Pengerusi LPK, Ean Yong Hian Wah dan Pengurus Besar LPK, Kapten K. Subramaniam.

Sementara itu, Yong Hian berkata, pihaknya bercadang memindahkan sementara kaunter tiket feri ke kawasan luar jeti bagi mengurangkan kesesakan sepanjang tempoh musim perayaan dan cuti sekolah. 

"Ini akan memberikan keselesaan kepada penumpang terutama tidak perlu bersesak dengan orang yang sedang beratur untuk membeli tiket di dalam jeti itu. 

"Selain itu, kemudahan tempat letak kereta secara percuma juga disediakan iaitu kira-kira 500 meter dari jeti ini,"ujarnya. - K! ONLINE