Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang memikirkan untuk membawa pulang jet Bombardier Global 5000 berharga RM200 juta yang dirampas pihak berkuasa Singapura pada tahun 2017.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan untuk membawa jet tersebut ke negara ini sedang dilakukan oleh pihak lain dan beliau tidak tahu perkembangan tersebut.

“Ya, saya fikir begitu. Kami akan bawa ia (jet) pulang,” kata beliau selepas melawat pameran lukisan bertajuk Tun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.