Menurut bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, sehingga pukul 2 petang, empat kawasan mencatat bacaan IPU sederhana antara 70 dan 84 iaitu Taiping (83), Tasek Ipoh (74), Pegoh Ipoh (84) dan Seri Manjung (71).  

Tiga kawasan di Sarawak turut mencatat IPU sederhana melebihi 70 iaitu Sibu (74), Mukah (83) dan Bintulu (71).

Beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mencatat bacaan IPU sederhana dengan bacaan antara 55 dan 65. 

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya). - Bernama