Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini berikutan ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas.

Beliau turut meminta orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar bangunan atau menggunakan penutup hidung dan mulut, payung, dan topi sekiranya berada di luar rumah.

"Orang ramai juga perlu menutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan dan mengelakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai untuk lebih kerap meminum air kosong bagi mengekalkan tahap hidrasi dan mendapatkan rawatan segera sekiranya tidak sihat.

Menurutnya, orang awam boleh mendapatkan langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu dan cuaca panas menerusi laman sesawang kementerian di https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu, http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183dan http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan/. - Bernama