Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU tidak sihat dicatatkan di stesen Balik Pulau bermula pukul 3 pagi tadi dengan bacaan IPU tertinggi iaitu 124 setakat pukul 4 petang.

Sementara itu, di stesen Minden, Universiti Sains Malaysia di sini, bacaan IPU tidak sihat iaitu 101 dicatatkan bermula pukul 3 petang tadi.

Bagaimanapun, bacaan di stesen Seberang Jaya dan Seberang Perai masih menunjukkan IPU sederhana, namun dalam trend menaik.

IPU tidak sihat adalah dengan catatan 50 ke bawah, manakala 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat) dan 201 hingga 300 (sangat tidak sihat).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia pula mencatatkan bacaan jarak ketampakan 4 kilometer (km) pada pukul 3 petang di Butterworth selain 5km di Bayan Lepas. - K! ONLINE