Dengan kerjasama itu, Jakim akan meletakkan Jepun sebagai penanda aras baru dalam program Pengembangan Halal Global sebelum mengembangkannya ke negara lain.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan semasa perbincangan strategik Jakim-Jepun di Jakim di sini hari ini, Pengarah Hab Halal, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, kerjasama tersebut adalah sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Dasar Pandang Ke Timur.

Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun, Hiroyuki Orikasa berkata, perbincangan itu tepat pada masanya  ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan ke Jepun hujung minggu ini.

Orikasa berkata, 440,000 rakyat Malaysia telah melawat Jepun tahun lepas dan kebanyakannya adalah orang Islam.

"Oleh itu, kesedaran halal semakin meningkat di Jepun untuk menampung pasaran pelancong Islam.

"Selain makanan dan minuman, industri lain seperti sektor farmaseutikal dan kosmetik di Jepun juga berharap dapat disahkan halal setelah menyedari akan manfaatnya," tambah beliau. - Bernama