Jenazah Mimi Suziana Mohamed, 39, Norfasmida, 24, dan Ahmad Faris, 16, dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 3.40 pagi tadi.

Turut maut ialah rakan Norfasmida, Nur Farah Farahainsah Jaafar, 21, dari Kampung Tok Sidi, Meranti, Pasir Mas, Kelantan yang juga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dalam kejadian kira-kira  9.50 pagi itu.

Suasana pilu mengiringi ketibaan jenazah ketiga-tiga beradik itu yang tiba di tanah perkuburan pada 2.40 pagi dengan tiga van jenazah.

Jenazah kemudian disembahyangkan buat kali terakhir oleh sanak-saudara dan penduduk kampung. - Bernama