Jenazah Mohd. Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Changkat Belengkor di sini pada pukul 5.45 petang selepas disolatkan di Masjid Toh Puan Besar Hatijah selepas solat Asar. 

Kira-kira 300 ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan Allahyarham hadir pada majlis pengebumian tersebut. 

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.45 petang semalam di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor selepas dua hari dirawat di hospital berkenaan.

Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi kelmarin itu, Mohd. Ruzaimi Iskandar cedera parah setelah kenderaan kejuruteraan yang dipandunya dilanggar sebuah pesawat jenis Bombardier Challenger 300 yang sedang mendarat. - K! ONLINE