Jenazah Zainudin tiba di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 11 pagi diiringi isteri, dua anaknya, saudara mara dan orang ramai.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kondo Villa Puteri, Kuala Lumpur, pada pukul 7.30 malam tadi. 

Zainudin pada 13 Mei tahun lalu menjalani pembedahan membuang ketumbahan dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur. 

Beliau sebelum itu dihantar ke Hospital Jelebu apabila tidak sedarkan diri pada pukul 12 tengah hari pada hari yang sama. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Zainuddin menang dengan majoriti 7,101 undi menewaskan calon PAS, Raj Munnil Sabu. - K! ONLINE