Majistret Abdul Hayyi Salim memerintahkan demikian selepas tertuduh, Alliman Hanafi, 26, dari Padang Nenas, Mengabang Telipot, Kuala Nerus membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Alliman didakwa mencederakan rakan lelaki yang berusia 37 tahun dengan menggunakan sebatang besi dan sebilah parang.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan sebuah bank di Wakaf Tengah, Kuala Nerus pada pukul 2.30 petang, 22 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara penjara atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan. - K! ONLINE