Ketua Pegawai AADK Kuala Muda,  Shamshuri Yusoff berkata, operasi disertai lima anggota penguatkuasa yang bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 2 petang, dijalankan di Taman Orkid dan Taman Sinar Mentari, Bedong, selepas menerima maklumat daripada orang awam.

"Dalam operasi di Taman Orkid, kita menahan tiga beradik lelaki iaitu abang mereka berusia 30-an dan adik kembarnya berusia lingkungan 20-an.

"Dua lagi individu masing-masing  ditahan di Taman Sinar Mentari dan berhampiran Taman Sri Orkid, " katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. 

Katanya, kesemua individu berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun itu dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua yang ditahan positif dadah jenis opiat dan methamphetamine, katanya. - Bernama