Dalam lima serbuan tersebut, polis berjaya menahan lima lelaki warga tempatan dan dua wanita tempatan serta asing berusia antara 29 hingga 52 tahun.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, berdasarkan risikan dan maklumat polis, Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman menahan mereka dalam lima serbuan berasingan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Taman Setia Jaya dan Templar Park, Rawang serta Lebuh Raya Karak.

“Polis juga berjaya menyita sebuah makmal mini di sebuah kondominium di Templar Park, Rawang dan menemui beberapa peralatan memproses dadah serta dadah jenis ekstasi, pil Yaba dan dadah syabu berbentuk serbuk.

“Hasil siasatan mendapati dadah tersebut diseludup ke Indonesia melalui khidmat kurier dan juga melalui pelabuhan-pelabuhan haram memandangkan kebanyakan dadah berbentuk pil bersaiz kecil yang mudah untuk diletakkan dalam bungkusan plastik kurier,” katanya pada sidang akhbar kejayaaan JSJN Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini. - K! ONLINE