Pegawai Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Inspektor Mohd. Najeeb Mohd. Esam berkata, Saidatul Ashaheera Abu Bakar, 21, dilihat kali terakhir di No.93 Jalan Raja Uda, Kampung Baru di sini.

”Pelbagai usaha telah dilakukan pihak polis untuk mengesan Saidatul Ashaheera yang kini dikategorikan sebagai orang hilang.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Che Malek Jusoh di talian 013-9751 713 atau 03-2600 2222,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.