Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kumpulan terbabit terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki yang menyasarkan pengunjung di pasar berkenaan.

"Pada tahun lepas kita telah berjaya menangkap seorang perempuan dan dua lelaki yang berusia antara 40 hingga 50 tahun.

"Namun sejak akhir-akhir ini, jenayah seluk saku di kawasan ini kembali aktif," katanya ketika sidang akhbar di Pasar Pagi Jinjang di sini hari ini. - K! ONLINE