Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek yang juga kenalan kepada keluarga kanak-kanak perempuan itu dikatakan melakukan perbuatan itu antara pukul 11 malam kelmarin hingga 1 pagi semalam.

Bagaimanapun, menurutnya, ibu mangsa hanya mengetahui perbuatan keji lelaki tersebut selepas menyaksikan klip video yang menjadi viral di media sosial sebelum tampil membuat laporan polis pada pukul 12.43 tengah malam tadi.

"Ibu mangsa mengesahkan bahawa sebelum kejadian suspek datang ke rumahnya di Sungai Lalang di sini dan meminta kebenaran untuk membawa kanak-kanak itu keluar bagi membeli makanan di Taman Bandar Baru di sini.

"Suspek terbabit kemudian menghantar pulang kanak-kanak itu ke rumah kira-kira pukul 1 pagi semalam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - K! ONLINE