Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, lelaki berusia 28 tahun yang berasal dari Bachok, Kelantan itu ditahan sepasukan anggota ketika menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

"Suspek berada di tepi sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dalam keadaan mencurigakan sebelum anggota menghampiri lelaki tersebut untuk membuat pemeriksaan lanjut.

"Anggota kemudiannya menemui dua keping nombor pendaftaran kenderaan di dalam kereta tersebut selain merampas serangkai kunci allen yang telah diubah suai disyaki digunakan oleh suspek untuk mencuri kenderaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - K! ONLINE