Tertuduh, Khan Amjad Ali, 21, bagaimanapun hanya menggelengkan kepala semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Mohd. Rosly Mohamed Nawi.

Difahamkan, dia tidak memahami bahasa Melayu dan mahkamah menetapkan 1 Januari depan untuk sebutan semula kes untuk melantik jurubahasa Urdu.

Tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian dua lelaki iaitu Saleem Shah, 29, dan seorang lagi, Mohammad Younus Ali, 38, disebabkan sesuatu tindakan yang terburu-buru atau cuai dengan menekan susi bernombor 8 mesin pemecah batu semasa kedua-dua rakannya itu berada di dalamnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lombong bijih besi Sunbay Resources Sdn. Bhd., Felda Aring 5 pada pukul 11.25 pagi, 13 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE.