Mangsa berusia lingkungan 20-an itu turut mengalami luka pada pipi dan tangan kanannya.

Kejadian disedari seorang suri rumah yang terdengar suara mangsa mengerang kesakitan sebelum melihat lelaki itu terlentang berlumuran darah selepas melihat melalui tingkap rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipercayai milik mangsa disyaki dibakar kira-kira100 meter dari tempat mayat lelaki itu ditemui.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya di sini hari ini.- K! ONLINE