Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif, sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir pihak pendakwaan supaya hukuman mati dijatuhkan terhadap semua responden.

Empat lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed.

Tertuduh yang dijatuhi hukum mati itu adalah Al Wazir Osman, 62; Ismail Yassir, 77; Basad H. Manuel, 42; Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54; Tani Lahad Dahi, 64; Atik Hussin Abu Bakar, 46; Virgilio Nemar Patulada @ Mohamad Alam Patulada, 57; Julham Rashid, 70 dan Salib Akhmad Emali, 64.

Keputusan itu sekali gus menolak rayuan agar mereka dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Ketika membuat keputusan itu, Md Raus berkata, hukuman mati ke atas kesemua mereka yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah wajar.

"Kami tidak menemui sebarang alasan lain untuk membuat keputusan selain dari hukuman mati.

"Sabitan ke atas semua responden adalah selamat dan dengan ini kami menolak rayuan pihak pembelaan," katanya. - K! ONLINE