Semua tertuduh yang bertugas di Klinik Oftalmologi HQE 1 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Lapan tertuduh tersebut ialah Mohd. Rosidih Mohd. Said, 39, Terence Linchos, 39, Jaduin Untop, 28, Zulkifli Arun, 29, Juraineh Musalim, 28, Noor Salim Mohd. Zin, 28, Mohd. Akmal Hafiz Mohamad Ariff, 29, dan Naza [email protected] Ab. Satar, 34.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengemukakan dokumen tuntutan berkenaan di Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Sabah, Wisma Perindustrian di sini antara 1 Februari 2016 dan 2 Jun 2016.

Dalam tempoh itu, Mohd. Rosidih telah membuat tuntutan sebanyak RM16,696.10, Terence (RM18,829.44), Jaduin (RM19.992.63), Zulkifli (RM14,065.91), Noor Salim (RM13,466.89), Mohd. Akmal Hafiz (RM12,842.26), Naza [email protected] (RM22,216.61) dan Juraineh (RM8,647).

Bagi pertuduhan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan masing-masing perlu membayar denda ditetapkan mahkamah. - K! ONLINE