Suspek berusia 41 tahun yang merupakan seorang buruh ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) kira-kira pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, polis berjaya merampas sejumlah heroin bernilai RM18,230 di dalam kediaman lelaki tersebut.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE