Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan pukul 11.30 pagi menerusi Ops Limau yang dijalankan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson dan Balai Polis Lukut.

Menurut beliau, mercun dan bunga api yang dirampas dipercayai untuk pasaran di daerah ini menjelang perayaan Tahun Baru Cina, minggu depan.

"Semasa rondaan dijalankan, anggota polis mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan mengedar satu bungkusan plastik disyaki mercun kepada seorang lelaki berhampiran sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

"Pemeriksaan lanjut pada bahagian bonet dan dalam kenderaan dipandunya itu menemui pelbagai jenis bunga api serta mercun. Dia kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek dan kesemua barang kes dibawa ke Balai Polis Lukut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 kerana memiliki bunga api dan mercun. - K! ONLINE