Dalam serbuan bermula pukul 3 petang semalam dan berakhir pukul 3 pagi ini, seramai 31 individu berusia antara 18 hingga 56 tahun yang disyaki penagih dadah berjaya diberkas.

Operasi tersebut turut dibantu anggota daripada AADK Daerah Padang Terap dan Unit Anti Dadah Sempadan Bukit Kayu Hitam.

Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Pendang, Nazir Kassim, memberitahu, operasi dilakukan di Kampung Guar Kepayang,  Kampung Kubang Jelai dan Kampung Pondok Haji Hussain.

"Hasil risikan dijalankan, tiga buah rumah yang dijadikan sarang penagihan dadah itu adalah aktif sepanjang masa dan dianggap sebagai tempat selamat bagi penagih untuk melepaskan gian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE