Pengerusi Alumnai Program Khas Haji Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, mereka terdiri daripada guru-guru tahfiz, imam, dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negara.

"Daripada jumlah tersebut seramai 50 orang akan dilantik sebagai urusetia jemaah haji bagi program kali ke-8 itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Alumnai Program Khas Haji Perdana Menteri peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.

Jailani yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, program yang bermula pada 2011 itu telah menghantar seramai 5,711 orang jemaah manakala dari Terengganu sahaja melibatkan 449 orang. - Bernama