Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan), Dr. Mohd. Shaffari Marzuki berkata. bagi musim haji tahun ini, kira-kira 1,600 jemaah yang majoriti berumur 60 tahun dan ke atas telah mendapatkan rawatan pesakit luar di pusat rawatan dan klinik-klinik maktab setakat ini.

“Walaupun kebanyakan jemaah kita bersemangat tinggi, saya rasa kemampuan fizikal itu masih perlu dipertingkatkan terutamanya semasa mereka berada di tanah air lagi.

“Kekurangan latihan fizikal ditambah dengan amalan pemakanan yang tidak betul mengakibatkan kebanyakan jemaah haji cepat merasa penat dan mengalami sakit-sakit sendi apabila menunaikan ibadah di sini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.