Pengenalan jersi terbaharu pasukan berkenaan telah dilakukan secara besar-besaran bersama lebih 1,000 peminat mereka di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Buat tahun ketiga, pasukan dengan jolokan Harimau Selatan itu masih mengekalkan tajaan  dari jenama pengeluar barangan sukan terkemuka Amerika Syarikat, Nike.

Menariknya kali ini, tajaan kit termasuk jersi dan barangan kelengkapan pemain juga akan melibatkan pasukan di peringkat akademi berbanding sebelumnya hanya pada pasukan JDT hingga JDT IV sahaja.

Berbanding tahun sebelumnya, JDT kali ini hanya menggunakan dua variasi kit iaitu merah berbelang biru (jersi rumah) dan ungu (jersi pelawat).

Presiden Kelab Persatuan Bola Sepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan hadir merasmikan gimik pelancaran pengenal jersi baharu.

Menurut Johor Southern Tigers (JST), jersi yang bakal digunakan Skuad Harimau Selatan ini telah ditempah dan direka khas di Ibu Pejabat Nike Amerika Syarikat.

Katanya, pereka yang diberi tanggungjawab menyiapkan jersi itu juga adalah pihak yang sama mereka jersi buat beberapa pasukan terkemuka dunia seperti Barcelona, Paris Saint Germain dan Brazil. - K! ONLINE

jdtRekaan terbaharu jersi JDT pada musim ini. Foto oleh NUR AISYAH MAZALAN