Ketua Pengarahnya, Mohammad Hamdan Wahid berkata, pada masa ini, terdapat enam balai bomba yang mempunyai ketua balai wanita iaitu di Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. 

"Di peringkat ibu pejabat JBPM pun sudah ada ketua bahagian wanita, ketua unit dan ketua cawangan. Tetapi pada masa ini peratusan 30 peratus masih belum dicapai dan pada sekitar lima peratus sahaja. 

"Oleh itu, usaha akan dilakukan untuk meningkatkan peratusan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis Jalinan Mesra Aidilfitri JBPM di sini hari ini.

Mohammad Hamdan berkata, kenaikan pangkat pegawai wanita JBPM akan dibuat berdasarkan prestasi dan merit, persaingan yang adil dan kesesuaian dengan jawatan. - Bernama