Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, jabatan berkenaan sentiasa memberi keutamaan kepada pembinaan balai baharu di dua negeri berkenaan, khususnya  kawasan yang jauh dari balai terdekat.

"Kita akan membuat kajian secara menyeluruh dari segi menilai risiko kawasan seperti kepadatan penduduk, berapa banyak bangunan, perniagaan komersil dan aliran trafiknya.

Kalau risiko tinggi dan jarak dari balai terdekat sangat jauh, kawasan ini akan kita beri keutamaan," katanya kepada pemberita selepasa majlis penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Sabah di sini hari ini.

Wan Mohd Nor turut memberitahu, Sabah akan memiliki tiga balai baharu tahun ini di Kimanis, Pitas dan Sook, manakala pembinaan balai di Putatan dijangka bermula tahun ini dan siap tahun hadapan. - Bernama