Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, setiap kali ujian fizikal dijalankan, 50 peratus daripada pegawai dan anggota yang menjalaninya akan gagal.

"Saya ingatkan pegawai dan anggota supaya sentiasa memastikan kecergasan fizikal diberi tumpuan melalui membabitkan diri dengan aktiviti yang boleh membantu mereka mengekalkan stamina.

"Ia sekali gus dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat," katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan yang meluluskan Elaun Khas Skim Perkhidmatan berjumlah RM200 sebulan kepada pegawai dan anggota agensi itu baru-baru ini.

Beliau berkata, pemberian elaun itu diharap dapat meningkatkan motivasi pegawai dan anggotanya dalam memberikan perkhidmatan terbaik walaupun berdepan risiko ketika bertugas. - Bernama