Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, beliau percaya kerajaan kini adalah kerajaan yang cakna dengan kebajikan rakyat termasuklah komuniti bomba. 

"Kami percaya kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan ke arah kebajikan dan kerajaan yang prihatin dengan keperluan komuniti dan rakyat, termasuk komuniti bomba. 

"Melihat kepada jasa juga tugas cabaran yang bomba hadapi, kami percaya bahawa kerajaan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya dan warga bomba amat mengharapkan pertimbangan ini akan diputuskan dalam masa yang terdekat," katanya

Beliau berkata kepada media selepas majlis perasmian 1st Malaysia International Rescue Extruction Challenge (MIREC) 2019 yang julung kali diadakan oleh JBPM, di sini hari ini.

Pada 8 Julai lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memaklumkan pemberian elaun tersebut tidak dapat dilaksanakan tahun ini kerana pihaknya perlu melalui beberapa prosedur serta melihat kedudukan semasa kewangan negara. - K! ONLINE