Ketua Pengarah JPBM, Datuk Sri Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, pihaknya akan menubuhkan Mosar selepas menjalankan kajian dan mengenal pasti lokasi pelancongan berisiko bencana alam yang memerlukan bantuan pada kadar segera.

“Setakat ini, Sabah sahaja yang mempunyai Mosar selepas ia ditubuhkan pada tahun 2015 ekoran beberapa kejadian melibatkan golongan pendaki terutamanya di Gunung Kinabalu.

“Penubuhan pasukan ini perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan kumpulan pendaki ketika menyertai ekspedisi pendakian,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Negeri Sabah 2017 di sini.

Pada majlis berkenaan, seramai 84 anggota JBPM Negeri Sabah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Sijil Perkhidmatan Terpuji, Pingat Cemerlang Bomba, Pingat Setia Bomba dan Pingat Jasa Bomba. - K! ONLINE