Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan beliau, dianggotai wakil-wakil Kementerian Sumber Manusia serta beberapa agensi lain yang bertanggungjawab menilai semua prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang sedia mengenai pekerja asing termasuk peraturan berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Kita tahu kebanjiran pendatang asing dan kemasukan tanpa mengikut undang-undang boleh memberi kesan besar kepada negara, terutamanya terhadap isu sosial, keselamatan dan peluang pekerjaan.

"Sebab itu, kita perlu teliti secara mendalam beberapa peraturan sedia ada dan jika perlu, jawatankuasa ini boleh mencadangkan langkah penyelesaian termasuk menambah baik atau memperkenal peraturan baharu bagi mengatasi masalah tersebut," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, hari ini. - Bernama