Kira-kira 200 anggota keluarga, sahabat handai dan penduduk kampung turut mengiringi jasad kesemua mangsa iaitu mendiang Kha Eng Ni, 42, isterinya, Chua Joo Seok, 43, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, ke tanah perkuburan berkenaan.

Turut hadir di upacara pengebumian pukul 12.25 tengah hari itu ialah tiga anak mendiang iaitu anak sulung, Kha Xing Fei, 19, Kha Xing Rhuu, 15, dan Kha Xiang Shyen, 8.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi berkata suspek kes pembunuhan tersebut kemungkinan sudah melarikan diri ke negara jiran.

Katanya polis akan meneruskan siasatan termasuk mendapatkan maklumat dan bantuan daripada polis Thailand bagi menahan suspek.
Beliau berkata polis sedang mencari seorang lelaki yang bekerja dengan mangsa dikenali sebagai Sharat a/l Eh [email protected], 31, bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Katanya dendam disyaki menjadi motif pembunuhan tersebut. - Bernama