Beliau berkata, perkara itu diputuskan hasil pemantauan yang dilakukan jabatan berkenaan pada Ahad lepas.

“JAS akan memanggil pihak sewajarnya berhubung cadangan pembaikan yang perlu dilakukan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Rosli juga mengesahkan jabatan itu tidak menerima laporan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada pihak berkenaan sebelum kerja penerokaan dilakukan.

“EIA juga dijadikan sebagai salah satu arahan JAS sebelum mereka boleh meneruskan kerja pembalakan yang berbaki,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.