Jurucakapnya berkata, surat perintah larangan itu yang berkuat kuasa 5 Januari lalu ditampal di kawasan pembalakan di situ bagi memastikan syarikat terlibat tidak lagi menjalankan kerja-kerja tanah di kawasan tersebut.

Menurutnya, perintah lara­ngan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 34AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2012 dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling JAS, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim.

“Tiga surat perintah lara­ngan itu ditampal di sekitar kawasan pembalakan tersebut hari ini (semalam),” katanya di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.