Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian berlaku di sebuah kedai runcit di Taman Bahagia Baru, Temerloh dekat sini pada pukul 8.15 pagi.

"Jari mangsa dipercayai tersangkut pada besi yang menahan bola-bola dalam mesin itu semasa dia menghulurkan tangan untuk mengambil salah satu bola tersebut.

"Pihak bomba menggunakan pemutar skru dan pisau khas untuk mengumpil cermin sisi mesin itu dan perlu mengeluarkan semua bola di dalamnya sebelum dapat melepaskan jari mangsa," katanya semasa dihubungi di sini.

Sementara itu, pegawai operasi Zulramli Hamzah berkata, mereka mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan jari mangsa kerana perlu menenangkan kanak-kanak itu yang menangis.

Katanya, jari kanak-kanak itu hanya lebam dan diberikan rawatan oleh unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian. – Bernama