Itu amaran daripada Pang­lima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin kepada mana-mana pihak supaya tidak mengaitkan pasukan keselamatan itu dengan sebarang dakwaan tidak berasas yang hanya mendatangkan impak negatif.

Menurut beliau, dakwaan pihak tertentu kononnya aset-aset TLDM banyak yang tersadai adalah tidak berasas, sebaliknya aset ber­kenaan masih beroperasi bagi melindungi perairan negara.

“Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM tidak seharusnya dipolitikkan untuk kepentingan peribadi.

“Saya berasa sangat marah kerana tuduhan ini telah mengaibkan dan menjejaskan moral kami sebagai warga TLDM,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Pengarah Hidrografi di Pulau Indah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.